Selamat Membaca :)

Selamat Membaca :)

Saturday 19 May 2012

Cameron Highland

Cameron Highland


Bukitnya tinggi,
Lerengnya berpusing,
Kabusnya mencengkam,
Udaranya segar,
Pohonannya hijau,
Bungaannya malar.
Sayurannya segar.

Ros menghiasi taman,
Kaktus memenuhi laman,
Daun teh jadi perhatian,
Strawberi jadi kebanggaan.



Tuesday 8 May 2012

Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan.


Tumis kesemua bahan tadi: bawang, belacan. Kemudian, masukkan batang terlebih dahulu. Masukkan cabai giling jika mahu pedas.
Selepas memasukkan daun, pastikan ia ditutup sehingga keduanya menjadi lembut.

Tadaa.... dah siap, ringkas tapi berkhasiat. Cubalah! :)

Thursday 26 April 2012

Aliya Syafika

Episode 6 
28 Ogos 2010. Hari cuti. Aliya tidak perlu bergegas ke mana-mana. “Kenapa murung ni Lia?” “Najib..” “Ye la, kenapa dengan dia?” Kartina pura-pura tidak mengerti. “Entahlah, tiba-tiba je dia angin dengan aku. Bila aku tanya, dia senyap. Bukan nak bagitahu pun.” “Ala, biasalah, bercinta mesti ada pasang surut.” “Tapi Tina, kali ni lain. Dia betul-betul berubah. Mesej tak balas, aku call dia tak angkat.
       Sejak dia habis belajar, dia langsung tak contact aku.” “Dah berapa lama?” “2 minggu lebih.” “Ish, lama tu. Takkan dia tak bagitahu langsung dia nak ke mana?” “Dia cuma cakap, dia nak cari kerja. Tak bagitahu pulak kat mana. Tapi..” “Tapi apa?” “Tapi dia ada tinggalkan barang-barang ni sebelum dia pergi.” Kartina membelek semua barang yang ada dalam beg kertas. Dia mengeluh panjang.
        “Lia, takkan kau tak perasan apa yang ada dalam beg ni? Kau tak tengok?” “Tengok, tapi tu kan barang-barang dia. Jadi kiranya aku tolong simpanla ni.” “Ya Allah Alia… Memanglah tu barang-barang dia, tapi semua tu hadiah yang kau pernah bagi kat dia kan?” “Bukan semua. Album dan kamera tu bukan.” Aliya cuba mempertahan.
    “Lia.. kamera dan album tu untuk mengaburi kau je. Semua hadiah ni bukan dia nak suruh kau simpan, tapi dia nak pulangkan. Kau masih tak nampak lagi ke Aliya?” “Tapi..” Kartina memegang erat jari Aliya. Titis jernih mulai gugur membasahi telapak tangan. “Dah tu, jangan menangis..”

Dalam Marah Ada Sayang

Dalam Marah Ada Sayang
 Arif baru Tahun 1. Dia kacukan Cina Melayu. Wajahnya menyebelahi ibunya, berbangsa Cina. Arif petah berbahasa; Cina, Melayu, Inggeris. Dia bijak, comel. Tapi…. Bila suruh menulis Arif tak mahu. Dia akan geleng kepala, lari sana sini sampai terbalik kerusi. “Arif!!!!! Mari sini ustazah ajar..” “Tak mau.” Arif lari lagi, ganggu orang lain. “Ustazah, tengok Arif ni.” Emil pula mengadu. Haishhhhh.. Geramnya hati Tuhan je yang tahu. Sudahla nakal, malas, kacau orang pulak. Tak cukup lagi, Arif menambah “Ustazah bodoh.” Ya Allah…sabar..sabar…. Tadi waktu mula-mula sampai ke kelas, Arif hadiahkan ustazahnya sebentuk rantai kunci. “Ayah yang beli” katanya. Ustazah senang hati, tadi la…Tapi sekarang ustazah sakit hati! Pedihnya bila anak murid cakap dia bodoh. Ustazah buat-buat merajuk. “Nah, ambik balik keychain ni. Ustazah taknak.” Arif pandang ustazah, dia tahan tangan ustazah. Opps, tahu pulak dia sedih kalau orang tak terima pemberian. Errm… ustazah massih geram, marah tetap marah. Satu sebab dia tak buat kerja, kedua sebab dia cakap ustazah bodoh. Huh. Kasihankan murid-murid lain, ustazah buka video kartun. Arif cepat-cepat datang. Ustazah senyap saja, malas melayan. Tiba-tiba…. “Sorry…..” Suara Arif perlahan. Walaupun hanya satu perkataan yang dibisik, cair terus hati ustazah. Arif oh Arif…. Rupanya dia nak minta maaf, tapi ada sedikit ego lelaki dalam diri. Bila ustazah sabar dan tunjuk dia video pasal Malaikat, barulah dia “gentleman” beritahu. Hehe, sayangku Arif, ketahuilah.. Dalam setiap marah gurumu, terselit seribu sayang….

Wednesday 18 April 2012

Baru Terfikir.

Mmg Baginda Ammi.

Assalamualaikum..ringkas saja untuk hari ni. Biasanya saya beritahu murid yang Nabi kita, Nabi Muhammad SAW itu seorang yg buta huruf,tp Baginda sgt pandai. cukup di situ, tiada hujah lg..Pg td di corong radio, ustaz bertazkirah; hikmahnya Rasulullah SAW itu dijadikan Ammi supaya durjana Kafir tidak menganggap alQuran itu ditulis oleh Baginda..ooh...barulah aku terfikir, nampak mudah, tp xkan terfikir kl tak berusaha untuk berfikir...

Saturday 24 December 2011

Aliya Syafika

Aliya Syafika

Episode 5

5 May 2010. Jam di dinding sudah pukul 1.15 pagi. Laptop Aliya ternganga, masih terpasang.

“Haii… sampai tertidur kawan aku sorang ni.” Kartina perlu mematikan laptop Aliya. Tetikus digerakkan. Kartina terpandang apa yang terpampang di skrin.

“Ooh, ralit berchatting dengan boyfriend sampai terlelap. Parah, parah...”

* * * * * *

“Kau tolong tutup lappy aku malam tadi Tina?”

“Ha ah.. kenapa?”

Takde apa. Rajin tak bertempat.”

“Eh, aku tolong kau off, kau marah aku pulak?”

“Takdela, aku takut kau baca pulak mesej-mesej aku kat situ.”

“Banyak lagi kerja lain aku nak buat Lia.”

“Kalau gitu baguslah.. Thanks ea. Saaaayang Tina! ” Aliya memeluk Kartina, bimbang rakannya berkecil hati.

“Dahla Lia, aku nak pergi kelas ni.” Kartina majukan langkah kaki. Kalaulah Aliya tahu dia curi-curi baca mesej Najib, pasti teruk dia kena marah.

* * * * * *

“Siapa di sini sedang bercinta?” Soalan Ustaz Rasyid membuatkan kelas jadi sunyi.

“Oooh… tak nak mengaku ya?”

Masing-masing senyum kambing. Kepala Aliya putar berfikir.

“ Apa sebenarnya mesej Ustaz ?” Hatinya berbisik.

“Ustaz, bercinta tu salah ke?” Soal Hamdi. Yang lain terdiam, menanti jawapan. Ustaz Rasyid tersenyum.

“Siapa kata salah? Cinta tu kan dari Allah. Cinta tu suci. Yang jadi salah bila kita cemarkan cinta dengan dosa.”

Aliya terus pasang telinga, serupa orang lain.

“Ramai yang berjumpa ana kerana masalah cinta. Semua cerita seakan-akan. Yang berbeza cuma tuan badan. Biasanya yang datang, pelajar perempuanlah.”

“Contohnya masalah apa ustaz?” Aisyah melontar soalan.

“Putus cintalah, apa lagi..”jawab Ustaz Rasyid ringkas. Masing-masing menyembunyikan senyum.

“Nasihat ana terutama untuk perempuan, jangan mudah sangat percaya pada lelaki. Mahalkan harga cinta. Tu satu. Yang kedua, kalau tengah-tengah syok bercinta, antum rasa dia tak jujur, tinggalkan. Tolong tinggalkan.”

Semua makin khusyuk mendengar. Ustaz Rasyid menambah; “Hati kamu jadi luluh sebab kamu berharap. Dah tahu orang tak nak, kenapa tunggu lagi? Matlamat kamu bercinta untuk apa? Ha, kamu Aliya?!”

“Erk? Erm..” Aliya tergamam. Ustaz Rasyid seolah-olah tahu apa yang bermain di benaknya.

“Nak kahwin kan? Nak pakai dia lama, jadi kalau dah dari awal antum rasa tak serasi dan dah tak ada jalan untuk serasi, lebih baik jangan teruskan.”

Nampaknya kelas Hadith 2 jam bertukar menjadi kelas bimbingan dan kaunseling. Makin lama, makin banyak soalan yang timbul, maklumlah isu cinta memang seronok dibicara.

“Ingat, petunjuk Allah datang macam-macam. Kalau hati rasa berbolak-balik, itu juga adalah tanda. Ana bercakap hari ni, bukan untuk menggalakkan antum buat maksiat, tapi supaya antum tak salahgunakan anugerah cinta. Tolong pelihara apa yang Allah bagi, jangan siakan percuma. Tolong ya..” Nada Ustaz Rasyid semakin layu, sayu, tetapi dalam maknanya.

Aliya banyak berdiam. Nasihat Ustaz Rasyid bukan satu dua. Terlalu banyak yang dipesan. Setiap butir kata ada benarnya.

Sunday 13 November 2011

Aliya Syafika

Episode 4:
“Lia, abang nak Lia tahu yang abang sayang Lia.. Lia cukup sempurna bagi abang. Lia selalu bahagiakan abang, tenangkan abang. Terima kasih sebab terima abang. Setiap hari abang fikirkan Lia, berangan kahwin dengan Lia. Abang nak Lia jadi ummi kepada anak-anak abang..”
Titis air mata jatuh di pipi Aliya. Tersentuh membaca nota kecil yang termuat dalam kotak kecil pemberian Najib. Ukiran kaca 2 ekor angsa yang memegang sebutir hati berwarna merah betul-betul menyayukan hatinya.
“Waah…cantikla. Sayang betul Najib dekat kau ya?” Kartina seakan menyeka airmata Aliya.
“Hurm…Mesti lah..”
“Jadi apa rancangan korang lepas ni?”
“Lepas habis belajar dia kata nak cari kerja, lepas tu baru boleh lamar aku.”
“Untungnya kau…”
“Tapi lambat lagilah Tina..”
“Eh, tak sabar nampak? Sekarang ni, tugas kau berdoa je banyak-banyak. Ada jodoh tak ke mana.”
“Ye, aku tahu la yang tu...”
“Erm, kau doa apa ya untuk dia? Jeleslah tengok korang bahagia je..”
“Aku doa macam Nabi ajarlah. Doa macam dalam doa Istikhoroh tu, bezanya, aku sebut nama dia. Tu je..”

“Najib doakan kau tak?”
“Eh, takkanlah tak kot.. Kalau dia sayang aku, takkanlah dia lupakan aku dalam doa dia kan?”
“Hurm.. Kau pernah tanya dia?”
“Tak pernah pulak sebab aku yakin. Lagipun cuba kau baca apa dia tulis ni. “
“Setakat ayat macam ni, semua orang pun boleh karang Lia.”
“Cakaplah apa-apa pun Tina, yang penting aku percayakan dia. Dah, full stop ok?”
Kartina beredar, membiarkan Aliya mengelamun.