Selamat Membaca :)

Selamat Membaca :)

Saturday 24 December 2011

Aliya Syafika

Aliya Syafika

Episode 5

5 May 2010. Jam di dinding sudah pukul 1.15 pagi. Laptop Aliya ternganga, masih terpasang.

“Haii… sampai tertidur kawan aku sorang ni.” Kartina perlu mematikan laptop Aliya. Tetikus digerakkan. Kartina terpandang apa yang terpampang di skrin.

“Ooh, ralit berchatting dengan boyfriend sampai terlelap. Parah, parah...”

* * * * * *

“Kau tolong tutup lappy aku malam tadi Tina?”

“Ha ah.. kenapa?”

Takde apa. Rajin tak bertempat.”

“Eh, aku tolong kau off, kau marah aku pulak?”

“Takdela, aku takut kau baca pulak mesej-mesej aku kat situ.”

“Banyak lagi kerja lain aku nak buat Lia.”

“Kalau gitu baguslah.. Thanks ea. Saaaayang Tina! ” Aliya memeluk Kartina, bimbang rakannya berkecil hati.

“Dahla Lia, aku nak pergi kelas ni.” Kartina majukan langkah kaki. Kalaulah Aliya tahu dia curi-curi baca mesej Najib, pasti teruk dia kena marah.

* * * * * *

“Siapa di sini sedang bercinta?” Soalan Ustaz Rasyid membuatkan kelas jadi sunyi.

“Oooh… tak nak mengaku ya?”

Masing-masing senyum kambing. Kepala Aliya putar berfikir.

“ Apa sebenarnya mesej Ustaz ?” Hatinya berbisik.

“Ustaz, bercinta tu salah ke?” Soal Hamdi. Yang lain terdiam, menanti jawapan. Ustaz Rasyid tersenyum.

“Siapa kata salah? Cinta tu kan dari Allah. Cinta tu suci. Yang jadi salah bila kita cemarkan cinta dengan dosa.”

Aliya terus pasang telinga, serupa orang lain.

“Ramai yang berjumpa ana kerana masalah cinta. Semua cerita seakan-akan. Yang berbeza cuma tuan badan. Biasanya yang datang, pelajar perempuanlah.”

“Contohnya masalah apa ustaz?” Aisyah melontar soalan.

“Putus cintalah, apa lagi..”jawab Ustaz Rasyid ringkas. Masing-masing menyembunyikan senyum.

“Nasihat ana terutama untuk perempuan, jangan mudah sangat percaya pada lelaki. Mahalkan harga cinta. Tu satu. Yang kedua, kalau tengah-tengah syok bercinta, antum rasa dia tak jujur, tinggalkan. Tolong tinggalkan.”

Semua makin khusyuk mendengar. Ustaz Rasyid menambah; “Hati kamu jadi luluh sebab kamu berharap. Dah tahu orang tak nak, kenapa tunggu lagi? Matlamat kamu bercinta untuk apa? Ha, kamu Aliya?!”

“Erk? Erm..” Aliya tergamam. Ustaz Rasyid seolah-olah tahu apa yang bermain di benaknya.

“Nak kahwin kan? Nak pakai dia lama, jadi kalau dah dari awal antum rasa tak serasi dan dah tak ada jalan untuk serasi, lebih baik jangan teruskan.”

Nampaknya kelas Hadith 2 jam bertukar menjadi kelas bimbingan dan kaunseling. Makin lama, makin banyak soalan yang timbul, maklumlah isu cinta memang seronok dibicara.

“Ingat, petunjuk Allah datang macam-macam. Kalau hati rasa berbolak-balik, itu juga adalah tanda. Ana bercakap hari ni, bukan untuk menggalakkan antum buat maksiat, tapi supaya antum tak salahgunakan anugerah cinta. Tolong pelihara apa yang Allah bagi, jangan siakan percuma. Tolong ya..” Nada Ustaz Rasyid semakin layu, sayu, tetapi dalam maknanya.

Aliya banyak berdiam. Nasihat Ustaz Rasyid bukan satu dua. Terlalu banyak yang dipesan. Setiap butir kata ada benarnya.