Aku bukanlah seorang penulis yang mahir namun, izinkanlah aku berbicara, di segenap ruang waktu yang berbaki...
Selamat Membaca :)
Thursday, 26 April 2012
Aliya Syafika
Saturday, 24 December 2011
Aliya Syafika
Episode 5
5 May 2010. Jam di dinding sudah pukul 1.15 pagi. Laptop Aliya ternganga, masih terpasang.
“Haii… sampai tertidur kawan aku sorang ni.” Kartina perlu mematikan laptop Aliya. Tetikus digerakkan. Kartina terpandang apa yang terpampang di skrin.
“Ooh, ralit berchatting dengan boyfriend sampai terlelap. Parah, parah...”
* * * * * *
“Kau tolong tutup lappy aku malam tadi Tina?”
“Ha ah.. kenapa?”
“Takde apa. Rajin tak bertempat.”
“Eh, aku tolong kau off, kau marah aku pulak?”
“Takdela, aku takut kau baca pulak mesej-mesej aku kat situ.”
“Banyak lagi kerja lain aku nak buat Lia.”
“Kalau gitu baguslah.. Thanks ea. Saaaayang Tina! ” Aliya memeluk Kartina, bimbang rakannya berkecil hati.
“Dahla Lia, aku nak pergi kelas ni.” Kartina majukan langkah kaki. Kalaulah Aliya tahu dia curi-curi baca mesej Najib, pasti teruk dia kena marah.
* * * * * *
“Siapa di sini sedang bercinta?” Soalan Ustaz Rasyid membuatkan kelas jadi sunyi.
“Oooh… tak nak mengaku ya?”
Masing-masing senyum kambing. Kepala Aliya putar berfikir.
“ Apa sebenarnya mesej Ustaz ?” Hatinya berbisik.
“Ustaz, bercinta tu salah ke?” Soal Hamdi. Yang lain terdiam, menanti jawapan. Ustaz Rasyid tersenyum.
“Siapa kata salah? Cinta tu kan dari Allah. Cinta tu suci. Yang jadi salah bila kita cemarkan cinta dengan dosa.”
Aliya terus pasang telinga, serupa orang lain.
“Ramai yang berjumpa ana kerana masalah cinta. Semua cerita seakan-akan. Yang berbeza cuma tuan badan. Biasanya yang datang, pelajar perempuanlah.”
“Contohnya masalah apa ustaz?” Aisyah melontar soalan.
“Putus cintalah, apa lagi..”jawab Ustaz Rasyid ringkas. Masing-masing menyembunyikan senyum.
“Nasihat ana terutama untuk perempuan, jangan mudah sangat percaya pada lelaki. Mahalkan harga cinta. Tu satu. Yang kedua, kalau tengah-tengah syok bercinta, antum rasa dia tak jujur, tinggalkan. Tolong tinggalkan.”
Semua makin khusyuk mendengar. Ustaz Rasyid menambah; “Hati kamu jadi luluh sebab kamu berharap. Dah tahu orang tak nak, kenapa tunggu lagi? Matlamat kamu bercinta untuk apa? Ha, kamu Aliya?!”
“Erk? Erm..” Aliya tergamam. Ustaz Rasyid seolah-olah tahu apa yang bermain di benaknya.
“Nak kahwin kan? Nak pakai dia lama, jadi kalau dah dari awal antum rasa tak serasi dan dah tak ada jalan untuk serasi, lebih baik jangan teruskan.”
Nampaknya kelas Hadith 2 jam bertukar menjadi kelas bimbingan dan kaunseling. Makin lama, makin banyak soalan yang timbul, maklumlah isu cinta memang seronok dibicara.
“Ingat, petunjuk Allah datang macam-macam. Kalau hati rasa berbolak-balik, itu juga adalah tanda. Ana bercakap hari ni, bukan untuk menggalakkan antum buat maksiat, tapi supaya antum tak salahgunakan anugerah cinta. Tolong pelihara apa yang Allah bagi, jangan siakan percuma. Tolong ya..” Nada Ustaz Rasyid semakin layu, sayu, tetapi dalam maknanya.
Aliya banyak berdiam. Nasihat Ustaz Rasyid bukan satu dua. Terlalu banyak yang dipesan. Setiap butir kata ada benarnya.
Sunday, 13 November 2011
Aliya Syafika
“Lia, abang nak Lia tahu yang abang sayang Lia.. Lia cukup sempurna bagi abang. Lia selalu bahagiakan abang, tenangkan abang. Terima kasih sebab terima abang. Setiap hari abang fikirkan Lia, berangan kahwin dengan Lia. Abang nak Lia jadi ummi kepada anak-anak abang..”
Titis air mata jatuh di pipi Aliya. Tersentuh membaca nota kecil yang termuat dalam kotak kecil pemberian Najib. Ukiran kaca 2 ekor angsa yang memegang sebutir hati berwarna merah betul-betul menyayukan hatinya.
“Waah…cantikla. Sayang betul Najib dekat kau ya?” Kartina seakan menyeka airmata Aliya.
“Hurm…Mesti lah..”
“Jadi apa rancangan korang lepas ni?”
“Lepas habis belajar dia kata nak cari kerja, lepas tu baru boleh lamar aku.”
“Untungnya kau…”
“Tapi lambat lagilah Tina..”
“Eh, tak sabar nampak? Sekarang ni, tugas kau berdoa je banyak-banyak. Ada jodoh tak ke mana.”
“Ye, aku tahu la yang tu...”
“Erm, kau doa apa ya untuk dia? Jeleslah tengok korang bahagia je..”
“Aku doa macam Nabi ajarlah. Doa macam dalam doa Istikhoroh tu, bezanya, aku sebut nama dia. Tu je..”
“Najib doakan kau tak?”
“Eh, takkanlah tak kot.. Kalau dia sayang aku, takkanlah dia lupakan aku dalam doa dia kan?”
“Hurm.. Kau pernah tanya dia?”
“Tak pernah pulak sebab aku yakin. Lagipun cuba kau baca apa dia tulis ni. “
“Setakat ayat macam ni, semua orang pun boleh karang Lia.”
“Cakaplah apa-apa pun Tina, yang penting aku percayakan dia. Dah, full stop ok?”
Kartina beredar, membiarkan Aliya mengelamun.
Tuesday, 1 November 2011
Aliya Syafika
Kelas Nahu bermula jam 2.00 petang. Risau “kenangan” semasa kelas Psikologi Mr. Harith berulang, pukul 1.50 Aliya sudah terpacak di depan pintu, mencari tempat di baris hadapan.
Penerangan Ustas Mahmood jelas sekali. Setiap kalimah Arab yang keluar Aliya dengar dengan teliti. Sesekali dicatat perkara yang yang perlu. Wajah Ustaznya dipandang, ditenungnya lama.
“Seems you are in another world.”
“Eh?” Aliya terkejut, bila tiba-tiba Ustaz Mahmood menegurnya dalam Bahasa Inggeris.
“Awak berangan ke Lia?” Sindir Aisyah. Tebal muka Aliya bila rakan-rakan tergelak. Entah bagaimana fikirannya tiba-tiba beralih kepada Najib, kekasih hati.
* * * * * *
“Tu lah engkau, angau tak bertempat. Aku pun ada marka jugak, tapi takdelah sampai bawa ke kelas.”
“Ala, Tina..”
“Aku nasihatkan kau, jangan terbuai sangat. Dia belum tentu jadi milik kau.”
“Eh,kenapa kau cakap macam tu Tina? Macamlah kau tu tak pernah ada boyfriend. Kau jangan cakap kat aku yang dulu kau tak berharap kat dia ok?”
“Aku cakap tu untuk diri aku sekali lah. Nak sayang boleh, tapi jangan terlalu.. Faham?”
Aliya diam tidak membalas. Kurang bersetuju dengan Kartina, dia berlalu tanpa berpaling.
* * * * * *
Satu demi satu SMS masuk. Jari Aliya laju menekan punat mobil. Sesekali tersenyum sorang-sorang.
“Berpada-pada Lia..”
“Diam boleh tak Tina? Kau jangan nak samakan Najib dengan bekas boyfriend kau ok?” Aliya membalas. Suaranya tegas. Kartina tersentak.
“Aku ingatkan je..”
Kata-kata Aliya memang tajam, tapi Kartina tidak peduli, jauh sekali mengambil hati. “Biasalah, tengah hangat..” Bisiknya sendiri.
Saturday, 22 October 2011
Aliya Syafika
“Awal kau bangun Lia? Tahajud?”
“Taklah, Istikhoroh.”
“ Aik, kau ada 2 pilihan ke? Siapa sorang lagi?”
“Ish kau ni, istikhoroh tak semestinya untuk menentukan pilihan terbaik.”
“Dah tu?”
“Untuk tetapkan hati. Minta Allah tetapkan hati kalau betul si dia milik kita.”
“Oohh… aku tak buat pun, manalah aku tahu.”
“Ala, aku pun baru je tahu. Najib bagitahu.”
“Erm, untung kau Lia, dapat lelaki yang baik, jaga agama.”
“See the leg la. Hehe.. Aku pun rasa bertuah dapat lelaki macam dia.”
Kartina bangun dari katil. Sambil menggosok mata, dia lemparkan senyuman buat Aliya.
“Aku doakan kalian berjodoh. Itu doa aku.”
“Alaaaa… ni yang touching ni. Hurm, petang ni aku nak keluar dengan dia tau.”
“Tak payah bagitahu, bukan urusan aku pun. Yang penting jaga diri k.”
“Yes, Mem!”
Kartina melangkah, meninggalkan Aliya.
* * * * * *
“You look so sweet Lia. Ni yang abang tambah sayang ni..”
“Abang ni..” Aliya menunduk, menyimpul senyum malu.
“Lia nak makan apa? Jagung bakar nak?”
“Keluar jauh-jauh makan jagung bakar je? Hurm.. ikut abangla.”
“Ok, ok. Chicken chop. Lia suka kan?”
Aliya mengangguk. Kalau hati tengah gembira, makan apa-apa pun jadi sedap. Fikir Aliya.
“Tersenyum sorang-sorang?”
“Errr.. mana ada. Abang duduklah, jom makan. Lapar ni..”
Masing-masing duduk beradap. Menjamah rezeki yang terhidang. Najib bersuara tiba-tiba. “Lia, abang sebenarnya..” Ayat Najib terhenti. Aliya berdebar.
“Sebenarnya apa?”
“Abang pergi tandas sekejap ya?” Najib terus bangun, gopoh pergerakannya. Aliya perasan, ada sesuatu yang jatuh dari riba Najib.
“Erm.. Abang nak cakap apa tadi?”
“Tadi? Oooh.. tak ada apa-apalah. Lia tak payah fikir ya?” Perasaannya cuba disembunyi.
“Abang, boleh Lia tahu apa dalam ni?” Sebuah kotak kecil bersampul bunga dihulur, ada reben merah yang melilitnya. Cantik, kemas berbalut.
Najib tersipu. Kejutannya tidak menjadi.
“Erm.. Lia ambillah. Itu memang untuk Lia, tanda cinta abang..”
Aliya terharu, hatinya cukup tersentuh.
Thursday, 20 October 2011
Aliya Syafika
Isnin, 12 November 2009. Pagi indah nian, indahnya macam hati Aliya.
“Hai, happy nampak? Assignment TITAS dah siap ea?”
“Dah. Hehe”
“Lain macam je. Ada apa-apa yang aku tak tahu?”
“Heee…tengok ni..”
“Coklat? Coklat ni ke yang buat kau tersengih-sengih?”
“Lebih kurangla..” Aliya senyum sampai nampak gigi.
“Erk, sejak bila kau ada peminat ni? Tak bagitahu aku pun?”
“Ni aku nak bagitahu la ni.”
“Haa, cepatla. Siapa orangnya? Siapa, siapa?”
“Ish kau ni, gelojoh betul. Rileksla. Nanti aku tunjuk.”
“Laahh, student sini ke? Hurm, tak surprise langsung.”
“Ala, lebih baik ada dari takde kan?”
“Perlila tu. Dah dah jom gi kelas.”
* * * * * *
“You are late !”.
“Huh, ni kau punya pasal la Lia. Dah kita kena marah depan-depan orang.”
“Be cool Tina. Senyum je. Erk, I’m sorry sir as I…”
“Enough. Sit down !”
“Alaa, lambat 2 minit je pun.” Aliya mencebik muka. Rakan-rakan sekelas tersenyum sinis, ada yang menunduk kepala. Mr. Harith marah betul kalau muridnya pandang remeh soal masa, itu fakta.
* * * * * *
“ Tina, cepatla.”
“Nak ke mana?”
“Tadi kata nak tengok. Ni aku nak tunjuk la ni.”
“Ooh.. Ok ok.”
“Ha, kau nampak tak mamat yang pakai kemeja belang tu, tengah baca surat khabar. Nampak?”
“Berbelang, erm..” Liar mata Kartina mencari.
“ Ha?! Yang tu ke? Ish, kurus bukan main. Tak payahlah Aliya. Tak sesuai langsung dengan kau. Muka pun nampak skema je. Orang macam tu kau boleh jatuh cinta Lia?” Kartina ketawa kecil.
“Aduuuhh…. Bukan dia lah. Yang duduk depan dia tu. Pakai glass. Ha, nampak?”
“Lahh, cakaplah siang-siang. Kalau yang tu…”
“Ha, dah dah. Jangan nak memandai cakap ok ke tak ok ea.”
“Heee, nak luahkan persepsi sikit pun tak boleh.”
“Takyah ngada-ngada. Jom balik.”
“Laahh.. Ingatkan nak dating tadi.”
“Kalau nak dating aku tak ajak engkau. Hehe”
“Ceh..”