Selamat Membaca :)

Selamat Membaca :)
Showing posts with label Makanan Orang Kita. Show all posts
Showing posts with label Makanan Orang Kita. Show all posts

Tuesday, 8 May 2012

Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan.


Tumis kesemua bahan tadi: bawang, belacan. Kemudian, masukkan batang terlebih dahulu. Masukkan cabai giling jika mahu pedas.
Selepas memasukkan daun, pastikan ia ditutup sehingga keduanya menjadi lembut.

Tadaa.... dah siap, ringkas tapi berkhasiat. Cubalah! :)

Friday, 20 May 2011

Popia Sardin

Mari kita belajar resepi mudah; Popia Sardin. Mungkin ada yang masih tertanya cara membuatnya. Bahan-bahan yang diperlukan:


1- Sebiji bawang besar


2- Satu tin kecil sardin


3- Sebungkus kulit popia saiz kecil (50 keping)


4- 3 cawan minyak masak


5- Beberapa biji cili besar (mengikut citarasa)




Cara-cara membuatnya:


Hiris bawang dan cili. Kemudian..





Hancurkan sardin, masukkan semua bahan hirisan tadi.


Bancuhkan tepung, guna air biasa. Pastikan tidak pekat.


Letakkan sardin ke atas kulit popia, kemudian gulung. Gunakan bancuhan tepung tadi sebagai "gam".


Panaskan minyak, dan goreng selama 10 minit.
Popia Sardin siap untuk dihidangkan. Selamat Menjamu Selera :)


Tuesday, 29 March 2011

Ayam Masak Lemak Cili Api

Masak Lemak Cili Api Ayahandaku ( gambar hiasan)


Biasa makan ayam masak lemak cili api? Tahu cara-cara nak masak? Jom, kita belajar.

Bahan A:

1) Seekor ayam (sederhana besar)

2) Santan (sebiji kelapa)

3) 3 inci lengkuas (diketuk)

4) asam keping (secukup rasa)

5) daun kesum (mengikut citarasa)

6) garam (secukup rasa)


Bahan B

7)3 batang serai

8)2 inci kunyit hidup

9)2 inci halia

10)10 ulas bawang merah

11) 3 ulas bawang putih

12)2 biji lada besar / beberapa biji cili api (mengikut citarasa)


Cara-cara memasak:

- Bahan B dikisar

- (Jika menggunakan ayam kampung, rebuskan ayam yang telah dippotong bersama kesemua bahan A dan B kecuali santan dan daun kesum)

- Apabila ayam sudah empuk, masukkan santan dan daun kesum

(Pastikan kuah santan ditimbuk sehingga kuah mendidih)


Senang je kan? Selamat Mencuba resipi ayahanda aku ni :)












Thursday, 10 February 2011

Cabai Jeruk

Pernah makan cabai jeruk? Tahu cara membuatnya? Haa... senang saja..


Mula-mula sediakan cili/ cabai/lada. Nak guna cili api boleh, cili besar pun boleh.




Potong cabai-cabai ni. Kalau tak mahu potong pun boleh juga. Kemudian letak dalam botol, isikan cuka, garam dan sedikit gula.




Inilah rupa cabai jeruk yang sudah siap. Simpan 5 hari, kemudian, bolehlah makan! :)
Sedap dimakan dengan megi, ataupun kuew teow goreng. Selamat mencuba ya!


Saturday, 1 January 2011

Sup Cendawan

Kenal dengan cendawan ni? Kalau di tempat saya, orang memanggilnya "kulat tahun". Maklumlah, kulat / cendawan ni hanya tumbuh pada musim hujan, biasanya bulan Disember.
Jom kita tengok macamana nak buat sup cendawan ala kampung.


Mula-mula cendawan ni perlu dibersihkan dahulu. Memandangkan ia tumbuh di atas tanah lembab, jadi banyak pasir yang akan melekat. Kemudian, asingkan batang dan "payung"nya.
Rendam dalam air seketika untuk memastikan pasir dan habuk betul-betul tidak melekat.




Sediakan bawang merah, bawang putih, udang kering dan lada hitam. Kisar dan tumis. Jangan lupa garam dan gula untuk mencukupkan rasa. Oh, ya. Masukkan batang dahulu. Kemudian masukkan air. Bila sudah hampir empuk, barulah masukkan "payung" nya.

Tadaa..inilah hasilnya. Mudah kan? Cubalah sendiri. :)