Selamat Membaca :)

Selamat Membaca :)

Saturday 1 January 2011

Pantun Ilmu

Ilmu Itu Cahaya

Pelbagai jenis bahan bacaan,

Perlu dibelek janganlah jemu,

Surah pertama dalam al-Quran,

Menyuruh kita menuntut ilmu.


Intan itu lawannya kaca,

Tinggi nilainya untuk dibeli,

Semakin banyak yang kita baca,

Semakin banyak yang perlu digali.


Tiada beza si celik dan buta,

Semuanya akan ke liang lahad,

Ilmu Allah meluas merata,

Ilmu manusia sangatlah terhad.


Rajin sungguh memakan jamu,

Mahu jadi cantik rupawan,

Kalau malas mencari ilmu,

Kelak tiada yang sudi berkawan.


Para Sahabat menunggang kuda,

Membawa semangat sungguh membara,

Kalau ilmu tiada di dada,

Di dunia susah Akhirat sengsara.


No comments:

Post a Comment