Selamat Membaca :)

Selamat Membaca :)

Tuesday 1 November 2011

Aliya Syafika

Episode 3

Kelas Nahu bermula jam 2.00 petang. Risau “kenangan” semasa kelas Psikologi Mr. Harith berulang, pukul 1.50 Aliya sudah terpacak di depan pintu, mencari tempat di baris hadapan.
Penerangan Ustas Mahmood jelas sekali. Setiap kalimah Arab yang keluar Aliya dengar dengan teliti. Sesekali dicatat perkara yang yang perlu. Wajah Ustaznya dipandang, ditenungnya lama.
“Seems you are in another world.”
“Eh?” Aliya terkejut, bila tiba-tiba Ustaz Mahmood menegurnya dalam Bahasa Inggeris.
“Awak berangan ke Lia?” Sindir Aisyah. Tebal muka Aliya bila rakan-rakan tergelak. Entah bagaimana fikirannya tiba-tiba beralih kepada Najib, kekasih hati.
* * * * * *
“Tu lah engkau, angau tak bertempat. Aku pun ada marka jugak, tapi takdelah sampai bawa ke kelas.”
“Ala, Tina..”
“Aku nasihatkan kau, jangan terbuai sangat. Dia belum tentu jadi milik kau.”
“Eh,kenapa kau cakap macam tu Tina? Macamlah kau tu tak pernah ada boyfriend. Kau jangan cakap kat aku yang dulu kau tak berharap kat dia ok?”
“Aku cakap tu untuk diri aku sekali lah. Nak sayang boleh, tapi jangan terlalu.. Faham?”
Aliya diam tidak membalas. Kurang bersetuju dengan Kartina, dia berlalu tanpa berpaling.
* * * * * *
Satu demi satu SMS masuk. Jari Aliya laju menekan punat mobil. Sesekali tersenyum sorang-sorang.
“Berpada-pada Lia..”
“Diam boleh tak Tina? Kau jangan nak samakan Najib dengan bekas boyfriend kau ok?” Aliya membalas. Suaranya tegas. Kartina tersentak.
“Aku ingatkan je..”
Kata-kata Aliya memang tajam, tapi Kartina tidak peduli, jauh sekali mengambil hati. “Biasalah, tengah hangat..” Bisiknya sendiri.

No comments:

Post a Comment