Selamat Membaca :)

Selamat Membaca :)

Saturday 1 January 2011

Pantun Ilmu

Ilmu Itu Cahaya

Pelbagai jenis bahan bacaan,

Perlu dibelek janganlah jemu,

Surah pertama dalam al-Quran,

Menyuruh kita menuntut ilmu.


Intan itu lawannya kaca,

Tinggi nilainya untuk dibeli,

Semakin banyak yang kita baca,

Semakin banyak yang perlu digali.


Tiada beza si celik dan buta,

Semuanya akan ke liang lahad,

Ilmu Allah meluas merata,

Ilmu manusia sangatlah terhad.


Rajin sungguh memakan jamu,

Mahu jadi cantik rupawan,

Kalau malas mencari ilmu,

Kelak tiada yang sudi berkawan.


Para Sahabat menunggang kuda,

Membawa semangat sungguh membara,

Kalau ilmu tiada di dada,

Di dunia susah Akhirat sengsara.


Sup Cendawan

Kenal dengan cendawan ni? Kalau di tempat saya, orang memanggilnya "kulat tahun". Maklumlah, kulat / cendawan ni hanya tumbuh pada musim hujan, biasanya bulan Disember.
Jom kita tengok macamana nak buat sup cendawan ala kampung.


Mula-mula cendawan ni perlu dibersihkan dahulu. Memandangkan ia tumbuh di atas tanah lembab, jadi banyak pasir yang akan melekat. Kemudian, asingkan batang dan "payung"nya.
Rendam dalam air seketika untuk memastikan pasir dan habuk betul-betul tidak melekat.




Sediakan bawang merah, bawang putih, udang kering dan lada hitam. Kisar dan tumis. Jangan lupa garam dan gula untuk mencukupkan rasa. Oh, ya. Masukkan batang dahulu. Kemudian masukkan air. Bila sudah hampir empuk, barulah masukkan "payung" nya.

Tadaa..inilah hasilnya. Mudah kan? Cubalah sendiri. :)